Mesyuarat Agung PUSPANITA Jajahan Jeli Bil. 3 Tahun 2018

Mesyuarat Agung PUSPANITA Jajahan Jeli Bil. 3 Tahun 2018 telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

pada 05 Februari 2018 (Isnin). Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Hjh Ros Aini Binti Hj Ghazali, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan. Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa mesyuarat tersebut. YBhg. Datin Hajjah Ros Aini Binti Hj Ghazali juga telah merasmikan sudut Galeri PUSPANITA Jajahan Jeli yang dipamerkan gambar-gambar Mantan Pengerusi PUSPANITA Jajahan Jeli yang merupakan isteri-isteri Ketua Jajahan Jeli bermula pewujudan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli sehingga kini yang seramai 12 orang. 

Selain itu juga YBhg. Datin Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan juga turut merasmikan ' Program 1 Penghulu, 1 Menu ' yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Jeli bersebelahan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Program ini melibatkan semua Penghulu di Jajahan Jeli yang melibatkan 3 Daerah iaitu Jeli, Batu Melintang dan Kuala Balah di samping kerjasama peserta-peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Jajahan Jeli.  

Klik Galeri Foto

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • TM
  • TM
  • MyID
  • KB
  • Tumpat
  • Bachok
  • GM
  • PM
  • KK
  • PP
  • TM