Majlis Ukhuwah Bubur Assyura Bersama Ketua Jajahan Jeli Anjuran PTJJ, PUSPANITA & WI Jajahan Jeli, telah diadakan pada 20 September 2018 (Kamis), bersamaan 10 Muharam 1440H. Majlis tersebut diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Beberapa Jabatan dan Persatuan turut sama menjayakan majlis tersebut termasuklah Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Jajahan Jeli iaitu Masjid Sultan Muhamad 1 Jajahan Jeli, Pejabat Kesihatan Daerah Jeli, IPD Jeli, KESEDAR Jeli, Bomba & APM Jajahan Jeli, Majlis Daerah Jeli, Penggawa dan Penghulu Daerah Jeli, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli serta PUSPANITA & WI Jajahan Jeli.

Bubur Assyura tersebut telah diagihkan kepada 80 orang asnaf dari 3 daerah iaitu Daerah Jeli, Batu Melintang dan Kuala Balah berpeluang menikmatinya. YABrs. Ketua Jajahan, Nik Raisnan Bin Haji Daud telah mengadili dengan merasa bubur-bubur assyura tersebut dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Tempat pertama telah dimenangi oleh Kawah KESEDAR, kedua kawah IPD Jeli dan tempat ketiga Kawah Penggawa & Penghulu Jajahan Jeli. 

Klik Galeri Foto

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • TM
  • TM
  • MyID
  • KB
  • Tumpat
  • Bachok
  • GM
  • PM
  • KK
  • PP
  • TM