Perutusan Ketua Jajahan

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, laman web Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli ini dapat dibangunkan sepenuhnya selaras dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web mereka sendiri bagi tujuan penyebaran maklumat yang lebih efisien dan efektif.


Teknologi Maklumat adalah sangat penting dan merupakan aset utama pembangunan sesebuah negara. Menyedari akan kepentingannya, Perdana Menteri kita telah mengesyorkan penggunaan IT secara meluas supaya masyarakat turut sama mengecapi kemajuan dan tidak ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan masa kini. Dengan kepesatan dunia sains dan teknologi kini juga dapat membantu pekerja sektor awam meningkatkan prestasi serta kualiti pejabat kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.


Saya sedar matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keinginan dan komitmen yang tinggi di kalangan pekerja untuk memperbaiki dan memajukan diri seiring dengan perkembangan teknologi maklumat kini. Adalah menjadi harapan saya, laman web ini menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan terima kasih dan tahniah kepada para pegawai dan semua yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Insyaallah, marilah sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah s.w.t.


Sekian, wassalam.

" SYARIAT ALLAH MEMBIMBING RAJA DAN RAKYAT SEPANJANG ZAMAN "
" KHIDMAT UNTUK SEMUA "

YABrs. EN. ZULKIFLE BIN AB RAHMAN
KETUA JAJAHAN JELI

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • TM
  • TM
  • MyID
  • KB
  • Tumpat
  • Bachok
  • GM
  • PM
  • KK
  • PP
  • TM