Keluasan Dan Komposisi Penduduk

Keluasan

Keluasan jajahan ini ialah 128,020.56 hektar atau 1,280.21 km2 yang merupakan   jajahan ketiga terbesar di Negeri Kelantan. Keluasan mengikut daerah adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah:

Daerah Keluasan (hektar)
Jeli 31,892.60 hektar
Batu Melintang 33,968.20 hektar
Kuala Balah 62,159.76 hektar
  Jumlah Keluasan
128,020.56 hektar


Terdapat 3 pintu masuk ke Jajahan Jeli iaitu:-

Ø       Dari barat melalui Grik.

Ø       Dari timur melalui Tanah Merah.

Ø       Dari selatan melalui Mempelam, Jelawang dalam Jajahan Kuala Krai.

 
Komposisi Penduduk

Mengikut kajian Buku Profail Sosio Ekonomi Negeri Kelantan tahun 2001 yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan; menunjukkan bilangan penduduk di Jajahan Jeli dalam tahun 2000 ialah seramai 36,512 orang iaitu 2.78% daripada jumlah penduduk Negeri Kelantan.

Mengikut kajian daripada Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan menunjukkan jumlah penduduk  di Jajahan Jeli ialah seramai 42,872 orang. Jumlah tersebut terdiri daripada 21,764 lelaki dan 21,108 perempuan. Pecahan penduduk mengikut daerah adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual  di bawah:

Daerah Lelaki (Bil.) Perempuan (Bil.) Jumlah (Keseluruhan)
Batu Melintang 4,826 4,864 9,690
Jeli 10,820 10,300 21,120
Kuala Balah 6,118 5,944 12,062
      42,872


Pecahan penduduk mengikut kaum adalah dinyatakan dalam Jadual 3 berikut:-

Kaum Jumlah
Melayu 42,400
Orang Asli 472
Cina -
India -
Lain-lain -
Jumlah 42,872


 

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • TM
  • TM
  • MyID
  • KB
  • Tumpat
  • Bachok
  • GM
  • PM
  • KK
  • PP
  • TM