Keselamatan Jajahan

Kedudukan Jajahan Jeli yang bersempadankan Negara Thailand menyebabkan ia tidak boleh lari dari masalah penyalahgunaan dadah, penyeludupan, kemasukkan pendatang haram dan pertentangan ideologi politik serta masalah pangkalan haram.

1. Masalah Penyalahgunaan Dadah

  • Masalah penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja dan belia masih terdapat di Jajahan Jeli ini. Ini dikuatkan lagi dengan faktor lokasi Jajahan Jeli yang bersempadan dengan Negara Thailand, menyebabkan pengedar dan penagih dadah mudah untuk mendapatkan bekalan. Jenis dadah yang sering digunakan oleh penagih dadah pada masa kini ialah antaranya pil kuda, ecstasy, syabu, kokain, morfin dan marijuana.

2. Pangkalan Haram bagi tujuan penyeludupan

  • Terdapat 2 Pangkalan Haram di Jajahan Jeli iaitu Pangkalan Haram Kampung Sat, Tahiland dan Kampung Labu di Wakaf Zin, Gemang. Buat masa sekarang, Pangkalan Haram Kampung Sat / Labu tidak begitu aktif tetapi pihak keselamatan (tentera) masih menjalankan operasi kawalan keselamatan di situ.
  • Terdapat pintu masuk haram ke Malaysia iaitu melalui Jalan Kalai / Berjuang ke Bukit Mas, Thailand. Pintu masuk haram ini agak terpencil iaitu lebih kurang 5 kilometer dari Kampung Kalai. Pintu masuk haram ini tidak begitu aktif untuk penyeludupan kerana lokasinya agak jauh. Namun, terdapat kemungkinan bahawa pintu masuk haram ini digunakan untuk menyeludup lembu-lembu daripada Thailand ke sini. Terdapat Pos penempatan tentera di Jalan Berjuang ke Bukit Mas bagi mengawal keadaan keselamatan di sempadan pintu masuk haram.

3. Pendatang Haram

  • Aktiviti ekonomi bagi Jajahan Jeli tertumpu kepada sektor pertanian iaitu getah. Kemasukan pendatang haram dari Thailand adalah untuk mencari rezeki dengan menoreh getah di kebun-kebun kepunyaan penduduk-penduduk di Jajahan Jeli dan membuat kerja-kerja lain.
  •                              Kemasukan pendatang haram boleh menimbulkan kesan positif dan negatif. Kesan positifnya ialah mereka datang ke sini untuk membuat kerja-kerja menoreh getah.
  •                       Ini sedikit sebanyak dapat menggerakkan ekonomi di Jajahan Jeli. Kesan negatifnya pula ialah kemasukan mereka akan menyebabkan berlakunya jenayah seperti kecurian, pembunuhan, penyeludupan barang-barang dan pengedaran dadah seperti pil kuda.

4. Lain-lain Ancaman

  • Masih lagi terdapat perbezaan ideologi politik di Jajahan Jeli di kalangan masyarakat. Perbezaan politik buat masa ini tidak begitu ketara dan dapat dibendung dengan baik.

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • TM
  • TM
  • MyID
  • KB
  • Tumpat
  • Bachok
  • GM
  • PM
  • KK
  • PP
  • TM