Kemudahan Frasarana Dan Pembangunan Jajahan

Frasarana Dan Pembangunan Di Jajahan Jeli

Daerah Jeli

  1. Jalan-jalan berturap tar telah dibina di seluruh jajahan menghubungkan kampung-kampung dalam Jajahan Jeli.
  2. Dengan adanya Hospital, Pusat Kesihatan dan Kelinik Desa di Jajahan Jeli memberi kemudahan kepada penduduk di sini membuat rawatan kesihatan.
  3. Bekalan eletrik luar bandar juga telah dinikmati oleh penduduk di Jajahan Jeli.
  4. Bekalan air bersih telah dinikmati oleh penduduk di Jajahan Jeli. Walau bagaimanapun masih terdapat penduduk yang menggunakan air tadahan dari bukit untuk dijadikan bekalan harian.
  5. Perhubungan telefon telah dinikmati oleh penduduk di Jajahan Jeli.
  6. Kemudahan tempat Rawat dan Rehat di Kampung Gemang.
  7. Jambatan menghubungan Pekan Jeli dengan Kampung Jeli Seberang.
  8. Pasar Jeli
  9. Medan MARA
  10. Masjid Mukim Gunong

Projek-projek pembangunan yang diselanggarakan oleh kerajaan Persekutuan (telah siap dan sudah beroperasi) adalah seperti yang dinyatakan di bawah :-

  1. Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara
  2. Perpustakaan awam yang mana telah memberi peluang kepada penduduk terutamanya golongan pelajar dan belia mendapat ilmu pengetahuan di samping memupuk minat membaca.
  3. Balai Bomba dan Penyelamat beserta rumah kediaman kakitangan telah siap dibina dan sudah beroperasi. Dengan adanya Balai Bomba dan Penyelamat, Kemusnahan harta benda awam disebabkan oleh bencana kebakaran dapat dikurangkan.
  4. Pejabat Pendataran Negara.

Projek-projek Pembangunan Persekutuan yang sedang dan akan dilaksanakan di Jajahan Jeli adalah seperti berikut:-

  1. Pejabat Penerangan Jajahan Jeli yang sedang dalam pembinaan.
  2. Pembinaan Sekolah Menengah Sains Jeli yang sudah ditender untuk pembersihan tapak di Kampung Rusing.
  3. Sekolah Menengah Lubok Bongor sudah buat pengambilan balik tanah.
  4. Kawasan Rehat dan Rawat di Kampung Kuala Balah. (Projek ini adalah di bawah peruntukan KESEDAR)
  5. Jambatan Jerimbong Sungai Pergau-dalam proses pengambilan balik tanah

Kemudahan Ibadat Dan Sosial

Masjid-Masjid Di Jajahan Jeli Mengikut Daerah 

Daerah Jeli

  1. Masjid Bandar Jeli
  2. Masjid Mukim Berdang
  3. Masjid Mukim Pasir Dusun
  4. Masjid Mukim Lakota
  5. Masjid Mukim Gemang
  6. Masjid Mukim Air Lanas
  7. Masjid Mukim Legeh
  8. Masjid Mukim Sungai Satan

Daerah Batu Melintang

  1. Masjid Mukim Batu Melintang
  2. Masjid Mukim Gunong
  3. Masjid Mukim Belimbing
  4. Masjid Mukim Kalai
  5. Masjid Mukim Sungai Long

Madrasah Di Jajahan Jeli Mengikut Daerah

Daerah Kuala Balah

  1. Madrasah Batu Manis
  2. Madrasah Rawo
  3. Madrasah Bukit Jering Hulu
  4. Madrasah Bukit Jering Luar
  5. Madrasah Kelapa Sawit
  6. Madrasah Kg. Balah
  7. Madrasah Kg. Jerimbong
  8. Madrasah Kubur Datu
  9. Madrasah Kuala Suda
  10. Madrasah Bukit Jering Hilir
  11. Madrasah Renyut
  12. Madrasah Bukit Selar
  13. Madrasah Bukit Selar Dalam
  14. Madrasah Lubok Bongor

Daerah Batu Melintang

  1. Madrasah Kuala Long
  2. Madrasah Kampung Salor
  3. Madrasah Kampung Gunung
  4. Madrasah Kampung Dendong
  5. Madrasah Kampung Bukit Ipoh
  6. Madrasah Kampung Lawar
  7. Madrasah Kampung Seberang Kalai
  8. Madrasah Lata Janggut
  9. Madrasah Lebuhraya

Daerah Jeli

  1. Madrasah Cegal Bedil Luar
  2. Madrasah Cegal Bedil Dalam
  3. Madrasah Bukit Perawas Ayer Lanas
  4. Madrasah Blok Tanah Merah Ayer Lanas
  5. Madrasah Blok Pasir Mas Ayer Lanas
  6. Madrasah Cikgu Ya Ayer Lanas
  7. Madrasah Blok Pasir Puteh Ayer Lanas
  8. Madrasah Blok Bachok Ayer Lanas
  9. Madrasah Kolam Ikan Ayer Lanas
  10. Madrasah Wakaf Zin Ayer Lanas
  11. Madrasah Blok Machang Ayer Lanas
  12. Madrasah Wan Setapa Kampung Legeh
  13. Madrasah Raja Salleh Kg. Legeh
  14. Madrasah Kampung Baru Legeh
  15. Madrasah Buruk Sungai Satan
  16. Madrasah Yatim Kampung Sungai Satan
  17. Madrasah Pak Muda Kampung Sungai Satan
  18. Madrasah Berdang Hilir
  19. Madrasah Berdang
  20. Madrasah Kubor Berdang
  21. Madrasah Pak Muda Kampung Belahat
  22. Madrasah Tok Wan Kampung Belahat
  23. Madrasah Sarul Sofar Kampung Gemang
  24. Madrasah Gemang Hilir
  25. Madrasah Kulat Besar
  26. Madrasah Pak Da Sohok Kampung Lakota
  27. Madrasah Telok Bayu Kampung Belahat
  28. Madrasah Mat Sulaiman Kg. Pasir Dusun
  29. Madrasah Layat
  30. Madrasah Seberang Jeli
  31. Madrasah Pak Cu Mat Nor Kampung Gemang
  32. Madrasah Kampung Kulim Lakota

Infrastruktur

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

Senarai Sekolah-Sekolah Kebangsaan yang terdapat di Jajahan Jeli bagi pembelajaran kanak- kanak ialah:-

  1. Sekolah Kebangsaan Jeli 1
  2. Sekolah Kebangsaan Jeli 2
  3. Sekolah Kebangsaan Pasir Dusun
  4. Sekolah Kebangsaan Legeh
  5. Sekolah Kebangsaan Gemang
  6. Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas
  7. Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor
  8. Sekolah Kebangsaan Kubur Datu
  9. Sekolah Kebangsaan Bukit Jering
  10. Sekolah Kebangsaan Kuala Balah
  11. Sekolah Kebangsaan Batu Melintang
  12. Sekolah Kebangsaan Pendok
  13. Sekolah Kebangsaan Kalai
  14. Sekolah Kebangsaan Sungai Long
  15. Sekolah Kebangsaan Sungai Rual (Penempatan Orang Asli)

Senarai Sekolah-sekolah Menengah di Jajahan Jeli ialah:-

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli (Tingkatan 5)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas (Tingkatan 6)
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah (Tingkatan 5)
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Melintang (Tingkatan 5)

Terdapat sebuah Maktab Rendah Sains Mara iaitu Maktab Rendah Sains Mara Jeli.

 

Sekolah-sekolah Agama Rakyat di bawah Yayasan Islam Kelantan di Jajahan Jeli ialah:

  1. Sekolah Menengah Agama As-Sabirin Ayer lanas
  2. Sekolah Menengah Agama Nahdatul Ulum Jeli
  3. Sekolah Menengah Agama Jerimbong
  4. Sekolah Menengah Agama Batu Melintang

KEMUDAHAN KESIHATAN

Senarai Kemudahan Kesihatan di Jajahan Jeli adalah sebagaimana berikut:--

  1. Hospital Daerah Jeli
  2. Pusat Kesihatan Ayer Lanas
  3. Pusat Kesihatan Kuala Balah
  4. Pusat Kesihatan Jeli
  5. Klinik Desa Kampung Gemang
  6. Klinik Desa Kampung Legeh
  7. Klinik Desa RPT Pasir Dusun
  8. Klinik Desa Kampung Sungai Satan
  9. Klinik Desa Kampung Bukit Jering
  10. Klinik Desa Kampung Kubur Datu
  11. Klinik Desa Kampung Lubok Bongor
  12. Klinik Desa Kampung Sungai Long
  13. Klinik Desa Kampung Kalai
  14. Klinik Desa Kampung Gunong
  15. Klinik Desa Kampung Bukit Ipoh

JABATAN-JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, NEGERI DAN BADAN BERKANUN YANG BEROPERASI DI JAJAHAN JELI IALAH SEPERTI BERIKUT:-

Senarai Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri Dan Badan Berkanun Yang Beroperasi Di Jajahan Jeli sebagaimana berikut:--

Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan

  1. Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli
  2. Balai Polis Kuala Balah
  3. Balai Polis Ayer Lanas
  4. Balai Polis Batu Melintang
  5. Pondok Polis Lubok Bongor
  6. Bahagian Keselamatan Negara Jajahan Jeli
  7. Tentera Bn. 302 Infantri Batu Melintang
  8. Cure And Care Rehabilitation Center (CCRC)
  9. Pejabat Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN)
  10. RELA Daerah Jeli
  11. Jabatan Perikanan Jajahan Jeli
  12. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Jajahan Jeli
  13. Pejabat Belia Dan Sukan Jajahan Jeli
  14. Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  15. Jabatan Pendaftaran Negara Jajahan Jeli
  16. Pejabat Bomba Dan Penyelamat Daerah Jeli

Badan-badan Berkanun Persekutuan

  1. Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli
  2. Pejabat RISDA Jajahan Jeli
  3. Pertubuhan Peladang Kawasan Lembah Pergau
  4. Bank Pertanian Malaysia
  5. MARA
  6. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  7. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
  8. Pertubuhan Peladang Kawasan Jeli/Batu Melintang

Jabatan-jabatan Negeri

  1. Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
  2. Jabatan Kerja Raya Jajahan Jeli
  3. Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Jeli
  4. Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Jeli
  5. Pejabat Renjer Hutan Jajahan Jeli
  6. Pejabat Qadhi/Mahkamah Syariah Jajahan Jeli
  7. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Jajahan Jeli
  8. Jabatan Pertanian Jajahan Jeli

Badan-badan Berkanun Negeri

  1. Majlis Daerah Jeli
  2. Perbadanan Perpustakaan Jajahan Jeli

Pejabat-pejabat Swasta

  1. Penyelarasan Projek Hidro Pergau Kg.Lawar
  2. Tenaga Nasional Berhad (Distributor) Cawangan Jeli
  3. Pos Malaysia Berhad Cawangan Jeli
  4. FELCRA Berhad Kawasan Gemang
  5. FELCRA Berhad Kawasan Tumpi Rapat
  6. Telekom Malaysia Berhad Jeli

JABATAN-JABATAN PERSEKUTUAN / NEGERI / BADAN BERKANUN DI BAWAH PENGAWASAN JAJAHAN TANAH MERAH

Jabatan Persekutuan

  1. Jabatan Pendidikan Daerah Tanah Merah/Jeli
  2. Jabatan Imegresen Bukit Bunga, Tanah Merah
  3. Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Bukit Bunga, Tanah Merah
  4. Pejabat Pembangunan Jajahan Tanah Merah
  5. Unit Pencegah Penyeludupan Bukit Bunga, Tanah Merah

Badan Berkanun

  1. Lembaga Getah Malaysia Cawangan Tanah Merah
  2. Lembaga Urusan dan Tabung

Pejabat Swasta Negeri

  1. Air Kelantan Berhad Cawangan Jeli

Keselamatan Jajahan

Kedudukan Jajahan Jeli yang bersempadankan Negara Thailand menyebabkan ia tidak boleh lari dari masalah penyalahgunaan dadah, penyeludupan, kemasukkan pendatang haram dan pertentangan ideologi politik serta masalah pangkalan haram.

1. Masalah Penyalahgunaan Dadah

  • Masalah penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja dan belia masih terdapat di Jajahan Jeli ini. Ini dikuatkan lagi dengan faktor lokasi Jajahan Jeli yang bersempadan dengan Negara Thailand, menyebabkan pengedar dan penagih dadah mudah untuk mendapatkan bekalan. Jenis dadah yang sering digunakan oleh penagih dadah pada masa kini ialah antaranya pil kuda, ecstasy, syabu, kokain, morfin dan marijuana.

2. Pangkalan Haram bagi tujuan penyeludupan

  • Terdapat 2 Pangkalan Haram di Jajahan Jeli iaitu Pangkalan Haram Kampung Sat, Tahiland dan Kampung Labu di Wakaf Zin, Gemang. Buat masa sekarang, Pangkalan Haram Kampung Sat / Labu tidak begitu aktif tetapi pihak keselamatan (tentera) masih menjalankan operasi kawalan keselamatan di situ.
  • Terdapat pintu masuk haram ke Malaysia iaitu melalui Jalan Kalai / Berjuang ke Bukit Mas, Thailand. Pintu masuk haram ini agak terpencil iaitu lebih kurang 5 kilometer dari Kampung Kalai. Pintu masuk haram ini tidak begitu aktif untuk penyeludupan kerana lokasinya agak jauh. Namun, terdapat kemungkinan bahawa pintu masuk haram ini digunakan untuk menyeludup lembu-lembu daripada Thailand ke sini. Terdapat Pos penempatan tentera di Jalan Berjuang ke Bukit Mas bagi mengawal keadaan keselamatan di sempadan pintu masuk haram.

3. Pendatang Haram

  • Aktiviti ekonomi bagi Jajahan Jeli tertumpu kepada sektor pertanian iaitu getah. Kemasukan pendatang haram dari Thailand adalah untuk mencari rezeki dengan menoreh getah di kebun-kebun kepunyaan penduduk-penduduk di Jajahan Jeli dan membuat kerja-kerja lain.
  •                              Kemasukan pendatang haram boleh menimbulkan kesan positif dan negatif. Kesan positifnya ialah mereka datang ke sini untuk membuat kerja-kerja menoreh getah.
  •                       Ini sedikit sebanyak dapat menggerakkan ekonomi di Jajahan Jeli. Kesan negatifnya pula ialah kemasukan mereka akan menyebabkan berlakunya jenayah seperti kecurian, pembunuhan, penyeludupan barang-barang dan pengedaran dadah seperti pil kuda.

4. Lain-lain Ancaman

  • Masih lagi terdapat perbezaan ideologi politik di Jajahan Jeli di kalangan masyarakat. Perbezaan politik buat masa ini tidak begitu ketara dan dapat dibendung dengan baik.

Pentadbiran Jajahan Dan Daerah

Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli merupakan Pusat Pentadbiran bagi Jajahan Jeli dan dipecahkan kepada 3 Daerah Penggawa yang merangkumi 23 Mukim Penghulu (Ketua Kampung).

Bilangan mukim mengikut daerah dinyatakan seperti dalam Jadual dibawah:-

DAERAH

BIL. MUKIM

BIL. KAMPUNG

JELI

10

10

BATU MELINTANG

5

9

KUALA BALAH

8

7

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • TM
  • TM
  • MyID
  • KB
  • Tumpat
  • Bachok
  • GM
  • PM
  • KK
  • PP
  • TM