Program Lawatan Balas YABrs. Ketua Jajahan Jeli Ke Daerah Sukhirin, Selatan Thailand.

Program Lawatan Balas YABrs. Ketua Jajahan Jeli Kea Daerah Sukhirin, Selatan Thailand, telah diadakan pada 25 Oktober 2018 (Khamis). Semasa program tersebut YABrs. Ketua Jajahan Jeli dan rombongan dibawa melawat ke Perkampungan Chulapong 12, Sukhirin dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Selain itu juga turut dibawa melawat ke Muzium Banchulapong 12, dan ke Sukhirin Flowers. 

Baca Selanjutnya

Majlis Ukhuwah Bubur Assyura Bersama Ketua Jajahan Jeli Anjuran PTJJ, PUSPANITA & WI Jajahan Jeli.

Majlis Ukhuwah Bubur Assyura Bersama Ketua Jajahan Jeli Anjuran PTJJ, PUSPANITA & WI Jajahan Jeli, telah diadakan pada 20 September 2018 (Kamis), bersamaan 10 Muharam 1440H. Majlis tersebut diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Beberapa Jabatan dan Persatuan turut sama menjayakan majlis tersebut termasuklah Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Jajahan Jeli iaitu Masjid Sultan Muhamad 1 Jajahan Jeli, Pejabat Kesihatan Daerah Jeli, IPD Jeli, KESEDAR Jeli, Bomba & APM Jajahan Jeli, Majlis Daerah Jeli, Penggawa dan Penghulu Daerah Jeli, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli serta PUSPANITA & WI Jajahan Jeli.

Bubur Assyura tersebut telah diagihkan kepada 80 orang asnaf dari 3 daerah iaitu Daerah Jeli, Batu Melintang dan Kuala Balah berpeluang menikmatinya. YABrs. Ketua Jajahan, Nik Raisnan Bin Haji Daud telah mengadili dengan merasa bubur-bubur assyura tersebut dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Tempat pertama telah dimenangi oleh Kawah KESEDAR, kedua kawah IPD Jeli dan tempat ketiga Kawah Penggawa & Penghulu Jajahan Jeli. 

Baca Selanjutnya

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • TM
  • TM
  • MyID
  • KB
  • Tumpat
  • Bachok
  • GM
  • PM
  • KK
  • PP
  • TM